Kelebihan Ar-Rahnu

PERHATIAN

Untuk makluman, mulai dari 16 Mei 2011 (Isnin) atas arahan Pihak Pengurusan, Agro Bank tidak lagi menerima gold bar dan coin sebagai barang gadaian bagi PINJAMAN BARU sahaja. Kepada mereka yang telah ada gadaian sebelum ini hanya boleh memperbaharui gadaian tersebut sahaja. Walaubagaimanapun kini dalam proses untuk mengkaji semula arahan tersebut. Sekian, terima kasih.

KELEBIHAN AR-RAHNU

Antara kelebihan Ar Rahnu berbanding Pajak Gadai Konvesional ialah:
1. Tidak Mengenakan Kadar Faedah (Unsur Riba)
Perbezaan utama antara Ar-Rahnu dan Konvensional adalah pada perjanjian pinjaman yang dikaitkan dengan sesuatu ganjaran dan bukan pada gadaian itu sendiri. Dalam perjanjian Ar-Rahnu, pinjaman yang diberi tidak dikenakan faedah (interest) iaitu riba di mana riba diharamkan oleh Islam, berbanding Pajak Gadai Konvensional yang menjadikan faedah sebagai sumber hasil kepada pemberi pinjaman dan ianya diharamkan oleh Islam.

2. Nilai Gadaian Tidak Merosot

Nilai gadaian bagi barang yang ingin ditebus semula tidak merosot dan tidak berubah serta tidak berlaku penyelewengan. Tidak berlaku sebarang masalah di mana barang kemas seperti rantai emas apabila ditebus didapati kurang berat atau pendek sedikit daripada sebelum digadai.

3. Wang Lebih Gadaian Dipulangkan

Sekiranya pemberi gadaian tidak berkemampuan membayar balik hutang yang ditanggungnya apabila tamat tempoh perjanjian, pemberi gadaian akan diberitahu atau dimaklumkan tentang barang gadaian yang terpaksa dijual. Sekiranya harga jualan melebihi baki hutangnya, lebihan tersebut akan dikembalikan. Ini berlaku kerana nilai pinjaman adalah jauh lebih rendah dari nilai barang gadaian.

4. Barang Kemas Yang Disimpan Selamat

Semua barang kemas yang disimpan dalam skim tersebut adalah selamat. Di mana, penerima gadaian akan menjamin pemeliharaan dan bertanggungjawab ke atas barangan kemas yang diberi oleh pemberi gadaian. Dengan ini, pemberi gadaian tidak perlu risau dengan masalah pemeliharaan dan penjagaan barang kemas mereka sepanjang ia berada di pihak penerima gadaian.

5. Caj Perkhidmatan Yang Rendah

Ar-Rahn menawarkan caj perkhidmatan yang rendah. Semua pengurusan di Ar-Rahnu melibatkan kos dan risiko yang rendah jika dibandingkan dengan Pajak Gadai Konvensional. Pajak Gadai Konvisional menawarkan caj perkhidmatan yang tinggi dan ada juga sebilangan pemegang atau tauke Pajak Gadai Konvensional yang menerima atau meminta wang pendahuluan dari penggadai walaupun akta melarang kegiatan tersebut.

6. Tiada Unsur Penipuan Semasa Membuat Timbangan.

Pemberi gadaian juga tidak perlu risau dengan penipuan-penipuan yang sering berlaku semasa timbangan dibuat. Ini kerana, dalam Ar-Rahnu tidak akan berlaku sebarang unsur penipuan semasa timbangan dibuat dan nilai timbangan yang jelas akan ditunjukkan kepada pemberi gadaian.

7. Tempoh Membayar Balik Yang Munasabah

Ar-Rahnu juga merupakan sebuah Pajak Gadai Islam yang boleh bertolak ansur dengan pelanggannnya berkaitan dengan tempoh membayar balik wang pinjaman yang telah dipinjam. Tempoh membayar balik yang dikenakan adalah munasabah dan boleh diterima pakai oleh semua pihak. Tidak seperti sesetengah Pajak Gadai Konvensional yang kadangkala meminta wang tambahan daripada pemberi gadaian sekiranya pemberi gadaian ingin melanjutkan tempoh pembayaran balik pinjaman mereka.

8. Pemberian Notis Kepada Penggadai Tentang Upacara Lelongan

Pihak penerima gadaian akan memberi notis kepada pihak penggadai sekiranya barang gadaian mereka hendak dilelongkan dan tempoh masa membayar balik untuk mereka telah habis. Dengan ini pihak pemberi gadaian akan mengetahui bahawa tempoh masa membayar balik yang diperuntukkan untuk mereka telah habis dan barang gadaian mereka akan dilelongkan.

9. Memberi Nilai Gadaian Yang Sepatutnya

Perkara ini sering berlaku dalam Pajak Gadai Konvensional. Ia berlaku kerana Akta Pemegang Pajak Gadai tidak menetapkan nilai tara atau kriteria untuk menilai gadaian berkenaan. Dalam Ar Rahnu, penerima gadaian akan memberi nilai gadaian yang sepatutnya dengan barang gadaian yang di gadai oleh penggadai.

Ar Rahnu

1) dikendalikan oleh pihak bank macam Bank Islam,  Agro Bank, RHB Bank Dan YAPEIM

2) dikendalikan oleh bukan bank macam Koperasi dan Syarikat

Arrahnu –ada- beberapa istilah yg patut kita tahu:

1) nilai gadaian

2) nilai marhun

3) pinjaman

4) tempoh pinjaman

5) upah simpan

6) had pinjaman

1) nilai gadaian

-nilai gadaian adalah nilai emas dalam RM mengikut ketulinan.Contoh:

Ini adalah list nilai gadaian yg dikeluarkan oleh Koperasi Permodalan Melayu Negeri Johor. Harga ini mereka rujuk dengan Bank Rakyat. Bagi Ar Rahnu yang dikendalikan oleh pihak bank,mereka ambil harga gadaian dari BNM. Harga KPMNJ berubah setiap hari kecuali sabtu dimana harga jumaat menjadi rujukan..

cuba para pembaca tengok, ketulinan emas ditulis mengikut karat…24k adalah emas 999. 24k =RM169/gram

2)nilai marhun

-nilai marhun pulak adalah nilai emas yang kita pajak setelah emas kita itu ditimbang dan disahkan ketulinanya. Contohnya:

Pajak gold bar Hybrid Factor 100gram yang ketulinannya 999.9, jadi di Arrahnu mereka akan mengambil emas 100gram itu lalu dimasukkan dalam satu mesin pengujian, dinamakan densimeter.

nilai gadaian mengikut ketulinan x berat emas

RM169 x 100gram = RM16900

> nilai marhun adalah RM16900 (biasa nilai marhun  akan lebih tinggi dari harga HF GOLD)

3) pinjaman.

Ar Rahnu bagi pinjam 65% sahaja dari nilai marhun, walaupun ada juga yg bagi 70% dan ada juga yg bagi 50%, tetapi kebanyakkan bagi 65%

formulanya adalah

nilai marhun x 65% = nilai pinjaman

jadi RM16900 x 65% = RM10985 ( inilah pinjaman yang pengadai dapat)

4)tempoh pinjaman

-tempoh sesuatu pinjaman dari gadaian di Ar Rahnu adalah 6 bulan kemudian ditambah 3 dan 2(sila rujuk Ar Rahnu )

keadah pembayaran di Ar Rahnu sangat baik,kerana sangat flexible ,boleh bayar bila-bila dalam tempoh 6 bulan. Contoh:

RM10985 kita bahagikan kepada 6 bulan, jadinya..setiap bulan adalah RM1830.83 setiap bulan, mustahil nak jelaskan bulanan begini jika buat personal loan…jadi..Ar Rahnu mengenakan kaedah yg flexible..

boleh bayar bulanan,mingguan harian dan nilai bayaran pun suka hati, Rm10 ke,20ke, 100ke…tak kisah, dan yang paling best apabila kita nak sambung bayaran setelah tamat tempoh, katakanlah selama 6 bulan anda bayar dan baki masih ada RM600 lagi, jadi anda boleh sambung bayar lagi 6 bulan tanpa pajak semula atau sesetengah orang panggil overlap pajak, hanya perlu bayar upah simpan selama 6 bulan, lepas itu sambung….sampai habis..bila habis bayar..emas pun dapat semula.

5) Upah Simpan

Upah simpan adalah upah yang dikenakan oleh Ar Rahnu kepada pengadai emas,jadi emas yang digadai akan dikenakan upah simpan setiap bulan….boleh dibayar bulan bulan, bayar sekaligus pada bulan pertama ataupun pada masa akhir bulan 6….ada banyak rate upah simpan …ada yg 0.5%, 0.65%,0.7% dan ada 1% biasanya yang di pajakkan..upah simpan yg dikenakan adalah 0.7%…0.7% ini diambil dari nlai marhun…

formulanya…

nilai marhun x rate upah simpan

RM16900 x 0.7% =RM118.3 (sebulan)

arrahnu ambil untung dari upah simpan ini

6)Had pinjaman

had pinjaman adalah had yang ada pada sesuatu akaun pengadai…ada setengah arrrahnu hanya boleh pajak max RM20,000 sahaja…ada RM150,000 dan ada yang boleh cecah RM1 juta…jadi berhati-2lah ketika buat pajakkan…kena ada strategi untuk memeajak…dan apa kena buat bila dah max pajakkan…kalau tak emas akan kena lelong..jika anda nak minta orang selesaikan pajakkan anda…jual saja surat pajak anda kepada orang-2 yg berminat..macam geng..hehehe

ok..itu adalah serba sedikit pasal platform arrahnu nie…ohh apa akan jadi jika takleh tebus?tentu ini ada para pembaca fikirkan….jika pengadai itu tak dapat tebus emas nya…dan tempoh masa diberi dah tamat..dan taknak sambung…maka arrahnu akan melelong emas kita itu…dapat duit..duit itulah yg akan digunakan untuk menjelaskan baki hutang dari pajakkan kita tadi.jika ada baki..baki itu akan dipulangkan kepada pemajak

arrahnu nie jika kita bijak mengunakannya…ia akan banyak membantu kita…macam geng pun geng ada gunakan arrahnu ini untuk simpan emas dan perniagaan

AR RAHNU AGRO BANK;

Salam Sejahtera..untuk entri kali ini adalah berkaitan dengan kaedah pengiraan Pinjaman oleh Ar-Rahnu Agro bank…

oleh itu hasil daripada googlelan aku…aku mendapati ada satu site yang boleh memberi kepahaman kepada aku sedikit sebanyak tentang cara pengiraan Pinjaman Ar-Rahnu dibuat…dan dirasakan dapatlah dikongsikan cara pengiraan ini.

sumber :- Dinar-Emas

Contoh Surat Pajak Ar-Rahnu Agro Bank.

  • Nilai Marhum= Nilaian Harga Emas Semasa
  • Pinjaman= terpulang jika kita hendak meminjam sebanyak 50%,60% ataupon 70% dari nilai Marhum
  • Upah Simpan= kos simpan emas selama 6 bulan

Pengiraan.

* Cara kiraan berasaskan surat pajak diatas.

  • Nilai pinjaman yang diberikan adalah 60% – 65% daripada nilai emas.
  • Jika anda memajak untuk kali pertama, anda akan mendapat 60%. Tetapi untuk kali kedua dan seterusnya anda boleh mendapat sehingga 65% daripada nilai emas.
  • Memandangkan saya pernah memajak kat Agrobank maka saya dapat meminjam 65%.
  • Ini adalah pengiraan untuk 3 keping jongkong emas 20 gram yang dipajak:

Rate pajak pada hari itu ialah RM118.20 segram

Jadi, 60 gram x RM118.20 = RM7092 (ini adalah nilai emas)

Nilai pinjaman = 65% x RM7092

= RM4609.80 – dibundarkan kepada RM4600.00

Rate pajak pada hari itu ialah RM118.20 segram

Jadi, 60 gram x RM118.20 = RM7092 (ini adalah nilai emas)

Nilai pinjaman = 65% x RM7092

= RM4609.80 – dibundarkan kepada RM4600.00

Jadi, Agrobank akan memberikan saya tunai sebanyak RM4600.00

Pengiraan upah simpan.

Anda boleh melihat maklumat Ar-Rahnu dan kadar upah simpan di dalam website Agrobank di http://www.agrobank.com.my/ar-rahnu

Margin pinjaman Upah simpan sebulan
50% ke bawah RM0.50 / 100
50.1% sehingga 60% RM0.60 / 100
60.1% sehingga 70% RM0.75 / 100

Jadi, upah simpan yang dikenakan kepada saya berdasarkan margin pinjaman 65% ialah:

(RM7092.00/100) x 0.75 = RM53.19 sebulan

RM55.13 x 6 = RM319.14

Jumlah upah simpan selepas 6 bulan = RM319.14

  • Walaupun anda boleh pajak sehingga 6 bulan, anda boleh menebus emas tersebut lebih awal.No problem.
  • Tapi kalau nak sambung pajak selepas 6 bulan, Ar-Rahnu Agrobank membenarkan anda sambung 3 bulan + 2 bulan.

Bagaimana cara menebus kembali emas anda?

Untuk menebus emas anda. Anda perlu membawa surat Ar-Rahnu ini bersama-sama wang pinjaman + upah simpan. Lepas tu buat pembayaran di kaunter. Kemudian anda akan mendapat kembali emas anda.

 

Info-info lain yang perlu anda ketahui mengenai Ar-Rahnu Agrobank.

Diantara maklumat lain yang perlu anda ketahui mengenai Ar-Rahnu Agrobank ialah:

1. Nilai pinjaman maksimum untuk setiap orang ialah RM50,000

2. Anda boleh meminjam RM10 000 sahaja sehari.

3. Kalau nak pinjam lebih RM10 000 maka anda kena datang lain esok.

4. Tempoh pajakan 6 bulan + 3 bulan + 2 bulan (kalau nak sambung pajak)

5. Tak semua cawangan Agrobank ada Ar-Rahnu. Anda kena pergi tanya.

Kesimpulan.

1. Ar-Rahnu Agrobank adalah alternatif bagi mereka yang hendak memajak
jongkong emas dan dinar emas.

2. Upah simpan Ar-Rahnu Agrobank adalah berpatutan

3. Alternatif terbaik selepas Ar-Rahnu Bank Rakyat.

4. Maklumat lanjut boleh dibaca di http://www.agrobank.com.my/ar-rahnu

5. Selain Agrobank, sebahagian Ar-Rahnu YAPEIM turut menerima gold bar
dan dinar. Tapi anda kena check dan tanya (klik sini untuk maklumat YAPEIM)